Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku
ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan
dalam hadis sahih.
Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang
menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai
Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’”
(Riwayat Abu Dawud)
Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di
Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda
menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga
yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?
Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang.
Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan
Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.
Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan
rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti
dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak
mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai
manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat
seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam
mendapatkan rezeki.